Tuesday, May 11, 2010

sejarah cendol jalan beserah

Cendol jalan beserah mula beroperasi pada tahun 1996. Perniagaan ini beroperasi sekitar bandar kuantan. Perniagaan ini diusahakan oleh seorang bapa yang cukup tekun dan penuh antusias(bersungguh-sungguh) dalam melakukan setiap pekerjaan demi untuk membesarkan anak- anakanya. Inilah dia En Yusof bin Abdul Rahman. En yusof mula berubah arah daripada bekerja makan gaji kepadamembuka perniagaan setelah merasakan kehidupan makan gaji sudah tidak lagi dapat menampung keluarga, tambahan pula waktu tersebut anak-anak kesemuanya bersekolah dan memerlukan pembiayaan yang besar. Tambahan pula dengan dorongan kuat daripada keluarga, akhirnya keputusan untuk membuka perniagaan dibuat. Berbekalkan modal pinjaman daripada bank serta simpanan peribadi sedikit, maka tertubuhlah perniagaan cendol ini.

Objektif dan matlamat dalam meneruskan perniagaan ialah untuk menjadi yang pertama dalam industri makanan dan minuman tradisional ini terutama dibandar kuantan. Beradasarkan asas peribadi jujur, mementingkan kualiti dan pelanggan adalah prioriti kamia, perniagaan ini mula mengorak langkah selangkah demi selangkah untuk maju.

Padatahun 1996, walaupun perniagaan ini merupakan satu perniagaan yang baru beroperasi dan agak sukar untuk mengatasi kekuatan persaingan tetapi berdasarkan modifikasi padaproduk beserta tekniklayanan pelanggan yang berbeza, maka akhirnya dari sehari ke sehari ia mampu untuk menempah nama dikalangan penggemar cendol di kuantan dan negeri-negeri lain.

Bentuk operasi perniagaan ini adalah berniaga diatas motor dan pelanggan yang ingin menikmati keindahan rasa cendol bolehlah minum diatas kerusi yang disediakan dibawah pokok. Bentuk perniagaan ini adalah lebih tradisional. Pelanggan yang datang gemar untuk menikmati cendol dibawah pokok kerana persekitaran yang berbeza dan terbuka serta dengan cara ini dapat mengimbau memori lampau mereka ketika masih kecil.

Dari sudut pemasaran pula, elemen 7 P dalam pemasaran digunakan sepenuhnya untuk mengkaji keberkesanan pemasaran serta memastikan perniagaan ini sentiasa mampu terus bersaing dan meningkat dari sehari ke sehari.
Semoga perniagaan ini terus maju dan berkekalan dengan konsep perniagaan berteraskan islam yang menjadi tunjang kejayaan ummat.

" Barangsiapayang bertawakkal kepadaAllah, nescaya Allah akan mendatangtkan kepadanya rezeki dari sudut yang tidak disangka-sangka..(surah al-talak:2)